Assalamualaikum w.b.t
Semalam Encik Suami ada jamuan sempena "Tahun Baru Cina" dekat ofis..so, awal2 dia dah pesan jangan masak nasi..sebab dah kenyang makan macam2 kat ofis..
Pening jugak Maz pk nak masak ape utk Encik Suami..last tgk baki fettuccine yang buat carbonara ari tu de lagi, terus decide nak goreng je..xde lah berat sgt berbanding kalo makan nasi..
Jom Maz kongsi ngn korg resepi Fettuccine Goreng ni..
Bahan2:
- Pasta Fettuccine
- 3 ulas bawang merah - ditumbuk
- 2 ulas bawang putih - ditumbuk
- 3 sudu cili giling
- Minyak utk menumis
- Isi Ayam - dipotong dadu
- 2 batang Sosej - dipotong
- 1 biji tomato - dibelah 4
- Kubis - dipotong halus(macam dlm burger tu)
- Kicap
- Garam
- Gula
Cara2:
1. Rebus Fettuccine dengan sedikit minyak.
Toskan bila dah lembut.
2. Panaskan minyak.Tumis bawang merah + bawang putih.
Masukkan cili giling.Kacau sampai pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam.Agak2 ayam dah empuk,masukkan sosej.
4. Masukkan gula,garam,kicap secukup rasa.Masukkan tomato.
5. Masukkan fettuccine.Masukkan kubis.Gaul sebati.
6. Sedia dihidang..nyummm3!!
Ni lah hasilnya..
Di sebabkan Maz "tokey" tepung wages,( "tokey" lah sgt.."togey" sebenarnya..haha)..so, Maz hidangkan sekali dengan Cheezy Wages ni...mudah, cepat dan sedap...
Hehe..selamat mencuba..
Kepada yang nak order tepung wages..contact Maz ye..=)
*Maz :019-4527286/ 018-2301122
No comments:
Post a Comment