Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Sejak2 pregnant ni,Maz malas betul masak..bukan apa..bau pun dah wt rasa xberselera..yang bestnya kalo org laen masak,makan lalu plak..huhu..cian Encik husband..pokai terus sbb asyik makan luar je..heeee...sekarang dah masuk bulan ke-5,alah pun dah pelan2 hilang..rasa nak makan je keje..then terus datang perasaan rajin memasak tu skit2..hahaha..(ngadalah hang ni Maz!!)
Weekend lepas Maz rasa hepi sangat..sebabnya Encik husband cuti panjang..yela,sabtu ahad dah cuti..then sambung plak Isnin cuti sempena ari Malaysia..so,Maz pun ada lah shopping barang basah skit utk masak..kalau dok sorang xde nya nak rajin masak sangat..hehe..tengok2 Selasa(semalam), Encik husband demam..so dia MC..best betul ada teman kat umah ni..
Sabtu ari tu Maz buat gulai ikan keli..ikan febret tu..Maz dulu geli makan keli ni(kepala macam ular..erkkk)..sejak2 dok asrama masa diploma,kawan2 ajar makan ikan keli..dulu plak ada satu gerai makcik ni yang masak keli sedap giler(teringat sampai ke ari ni..gerai makcik murah)..sekarang,jangan cakap la..dah jadi suka tahap gaban makan ikan keli ni..hehe
Jom kongsi dengan korang gambar Gulai Keli dgn Timun:-
Maz jugak ade beli kerang ari tu..sekilo RM4.00..sangat2 mencukupi utk ktorg berdua je makan..Maz ambik skit utk buat Mee Goreng Mama utk sarapan ari tu..resepi mama..bukan mamak ye..huhu..sedap sangat mee goreng kali ni sebab Encik husband yang goreng..Maz cuma sediakan bahan dan bgtau apa yang perlu dimasukkan..tambah plak letak kacang tumbuk dalam mee goreng ni..mmg maveles abis..huhuhu..ni lah hasilnya..
Lebihan kerang tu Maz rebus dan masuk dalam sambal kicap je..ni pun febret jugak..terasa pedas2nya..kerang ni bagus jugak untuk tambahkan darah dalam badan kita..yang jadi xbagusnya kalau diambil secara berlebihan..x elok utk orang darah tinggi..hehe..ni gambar Kerang Rebus dan Sambal Kicap..
Last but not least,nak share ngn korang resepi Bubur Lambuk..disebabkan Encik husband demam,Maz pun wat lah bubur utk dia..tapi ni bukan bubur tawar utk orang sakit tu..hehe...Encik husband kata sedap..slalu makan masa bulan puasa je..em,Alhamdulillah la kalo dia suka..jom tgk resepi..
-----------------------------------------------------------------
Bubur Lambuk Dunia D'Mazz(huhu):-
Bahan2nya:
*Bahan-bahan utk tumis
-kulit kayu manis
-halba
-jintan manis
-buah pelaga
-bunga lawang
-bunga cengkih
-bawang besar(dicincang)
-bawang putih(dicincang)
-minyak
*Bahan-bahan untuk tabur
-bawang goreng
-daun bawang
*Bahan-bahan asas
-beras(basuh dan toskan)
-air
-santan
-daun pandan(disimpul)
-garam
-gula(jika perlu)
-sotong
-udang
-udang kering(rendam dan toskan)
-lobak merak(dipotong halus)
Cara-cara:
1. Panaskan minyak.(boleh jugak ganti myk dgn marjerin Daisy)
2. Tumis bahan2 rempah ratus seperti di atas.
3. Setelah wangi,masukkan bawang besar dan bawang putih.
Kacau sehingga kekuningan.
4. Masukkan udang dan sotong.(boleh jugak masuk ayam,daging dll)
5. Masukkan air dan daun pandan.Setelah mendidih,masukkan beras.
Masak sehingga beras menjadi bubur.
6. Masukkan santan dan lobak merak.Masak sehingga lobak lembut.
7. Perasakan dengan garam dan gula(jika perlu).
8. Boleh dihidangkan.tabur daun bawang dan bawang goreng.
Selamat Menjamu Selera..=)
No comments:
Post a Comment