Friday, January 2, 2015

Selamat Tahun Baru


Bismillahirrahmanirarahim..

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Tahun Baru..Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk hidup sihat dan bahagia di bumi Allah ni..cepat sungguh masa berlalu kan?
Tahun 2014 dalam kenangan..

Permulaan tahun 2014 yang indah dengan hadirnya puteri sulong kami bulan Febuari..tarikh yang cantik..waktu jugak cantik..2/2/2014..jam 2.02pagi, lahirlah Dhiya Nur Azra bt. Ariefsyahfuddin..pengalaman yang baru untuk Maz dan Encik suami menjadi ibubapa..mencabar..tapi, sangat bermakna..macam2 nak diceritakan..tapi nanti satu page pun xcukup ni..hahaha

Tahun ni juga kami di uji bila mana Kajang xdak air selama 2 bulan kot(lupa sudah)..fuhhh, baru tau erti bersyukur apabila perlu berjimat air..kemarau yang teruk dipertengahan tahun..dihujung tahun pulak, Allah uji rakyat Pantai Timur dengan banjir..Kajang terkecuali..tapi, kami disini sentiasa berdoa agar mereka yang ditimpa bencana dipeliharaNya..amin

Bersyukur jugak kerana bisnes tahun ni banyak memberi rezeki kepada kami bertiga. Alhamdulillah..terutamanya, bisnes Arief IT Solutions Encik suami..xputus2 orang cari untuk perbaiki laptop/komputer bermasalah..tugas Maz hanya iklan kan..selebihnya Encik suami uruskan..hihi

Azam tahun ni, Maz nak lebih dekatkan diri dengan Allah..berperang jugak dengan diri sendiri yang selalu lalai..moga Allah permudahkan..selain tu, Maz nak berjaya dalam bisnes..tak kiralah bisnes apapun, yang penting nak cari duit untuk bayar SUK & PTPTN tu..hahaha...oh, ada lagi..nak bahagiakan orang terdekat..kurangkan mengumpat, bergosip and so on..hwa3!!

Sampai sini dulu...zassss





No comments:

Post a Comment