Thursday, February 5, 2015

Celebrate Anniversary 2 tahun..

Bismillahirrahmanirrahim..

Cerita ni sebenarnya dah lapok..tapi bertujuan untuk memory sendiri,Maz nak jugak masuk sini..huhu

Tanggal 15/12/2014..genaplah 2 tahun Maz ngan Encik husband jadi suami isteri..tahun 2014 lebih mencabar disebabkan kami dah bertiga..kalau dulu hanya pikir makan pakai berdua, tapi tahun ni perlu pikir lebih..perbelanjaan pun dah lebih..tambah Encik husband kerja seorang,lagi lah berasa..tapi setakat ni xde lagi Maz rasa macam Bersamamu..apa yang Encik husband bagi Alhamdulilllah cukup..hehe

Gaji Maz berbisnes online untuk bulan 12 tu Maz dah niat nak belanja Encik husband makan2..lepas google2 cari tempat makan best area Kajang ni, terjumpa lah Steak House ni..dekat Saujana Prima..jadi ktorang pun pergi lah terjah..harga kat sini agak berpatutan..tempat pun bersih..tokey dia muslimah..

Jom layan gambar2 ktorang....huhu












Beef steak kat sini sedap..Maz bagi 5 bintang!!untuk sesapa yang kat area Kajang yang nak makan steak dengan harga yang berbaloi, boleh la try kat sini..:-)

Esoknya,ktorg pergi makan dekat Warung Bunian..dah lama Maz nak sangat try makan kat sini..memandangkan Encik husband ambik cuti sempena Anniversary(suwitnyaa..wekkk),boleh la pergi..ok,pagi2 Maz dah sms book tempat..sesapa yang nak makan kat sini perlu book dulu ye..kalo x alamatnya,kuciwa je..balik dengan rasa menyesal ganda 23 kali..hahaha..pukul 12 ktorang dah sampai dengan perut yang menyanyi2..lapaq baq hang..

Lepas dah confirm booking semua..ktorg pun dihidangkan ni...



Mak aii..banyaknya..jom tengok apa ada..








Menu ari tu gulai ketam + ikan masak kicap + ayam goreng + sayur kubis + ulam2 & sambal..ktorang tambah sambal udang...

Untuk 2 orang makan, memang tersangat2 banyak ..puas hati..teka berapa ktorg perlu bayar untuk semua tu???huhu..hanya RM18.00 sekepala..tu pun sebab tambah sambal udang..kalau xtambah, seorang hanya RM14.00 je..Alhamdulillah..kenyang..

Sesapa yang nak try, sangat dialu2 kan..kedai melayu..moga bertambah sukses perniagaan beliau..









Esok2nya, Maz masuklah gambar2 celebrate anniversary ni semua kat fb..bertujuan untuk share dengan semua disamping nak promote lah tempat makan best dekat kawan2..xsangka pulak ada suara2 sumbang yang cakap..."bosannya..sambut anniversary kat tempat2 macam tu je?dah xde tempat lain ke?"...
wahhh3...apa hal???..perlukah ke hotel 10 bintang untuk mencari kebahagiaan?orang yang macam ni perlu disekolahkan lagi gamaknya..dengki cakap je lah..xpayah kot buat orang 'down' disebabkan mulut anda!!..whatever lah..Maz ignore je..

Apapun terima kasih kat Encik husband yang banyak bersabar melalui suka duka sepanjang 2 tahun ni..Lap u lah!!
Semoga hubungan kita kekal ke akhirNya..insyaAllah..& semoga kita berjaya mendidik anak2 bersama2..amin..


No comments:

Post a Comment